Saturday, September 26, 2009

SELAMAT HARI RAYA

Salam Kepada Semua,
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat hari raya dan maaf zahir batin kepada semua yang mengenali saya terutamanya kedua ibubapa yang tersayang, satu-satunya abang saya yang tersayang dan juga semua saudara-mara dan sahabat handai semoga berbahagia di hari yang mulia.
Berhati-hatilah semasa memandu dan berbelanjalah dengan berhemat. Biar lambat asalkan selamat dan biar sederhana asalkan berjimat.
Berdoalah kita semoga Allah panjangkan usia kita agar dapat kita bertemu dengan Ramadhan di tahun yang akan datang. Tunaikanlah puasa 6 hari di bulan Syawal yang mana fadhilatnya seolah-olah kita berpuasa setahun lamanya.
Kita telah ditarbiah semasa Ramadhan yang mulia, teruskanlah segala amal yang baik di bulan-bulan yang lain.
Akhir kata semoga kita mendapat manafaat yang berguna semasa Ramadhan dan meneruskan dan menambah segala amal yang baik di bulan-bulan yang seterusnya.
Wassalam,
Mikhael Abdul Ghani

No comments:

Post a Comment