Friday, November 28, 2014


Me on the main page of YSEALI website with Mr President Obama in front of me at the townhall in UM April 2014.
Karnival SMK USJ 4 2010. With friends enjoying the events and stuffs.

Saturday, September 26, 2009

SELAMAT HARI RAYA

Salam Kepada Semua,
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat hari raya dan maaf zahir batin kepada semua yang mengenali saya terutamanya kedua ibubapa yang tersayang, satu-satunya abang saya yang tersayang dan juga semua saudara-mara dan sahabat handai semoga berbahagia di hari yang mulia.
Berhati-hatilah semasa memandu dan berbelanjalah dengan berhemat. Biar lambat asalkan selamat dan biar sederhana asalkan berjimat.
Berdoalah kita semoga Allah panjangkan usia kita agar dapat kita bertemu dengan Ramadhan di tahun yang akan datang. Tunaikanlah puasa 6 hari di bulan Syawal yang mana fadhilatnya seolah-olah kita berpuasa setahun lamanya.
Kita telah ditarbiah semasa Ramadhan yang mulia, teruskanlah segala amal yang baik di bulan-bulan yang lain.
Akhir kata semoga kita mendapat manafaat yang berguna semasa Ramadhan dan meneruskan dan menambah segala amal yang baik di bulan-bulan yang seterusnya.
Wassalam,
Mikhael Abdul Ghani

Saturday, August 29, 2009

SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN AL-MUBARAK



Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menjalani ibadah berpuasa kepada semua muslimin dan muslimat di seluruh dunia. Ambillah kesempatan umur yang ada di bulan yang berkah ini untuk melipat gandakan segala aml ibadat kita.
Saya menyusun sepuluh jari-jemari saya memohon ampun dan maaf di atas apa jua kesalahan serta kesilapan yang pernah saya lakukan kepada semua.
Semoga Ramadhan ini akan mengubah kita menjadi insan yang lebih mulia di sisi ALLAH s.w.t.


Wassalam,
Mikhael Abdul Ghani

Saturday, August 22, 2009

SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat datang ke blog saya. Hari ini 1 Ramadhan 1430H bersamaan 22 Ogos 2009 adalah hari yang bersejarah bagi saya kerana ayah saya telah membantu saya untuk membina blog ini.

Tujuan saya adalah untuk berinteraksi dengan saudara-mara, sahabat-handai dan juga guru-guru serta ustaz & ustazah agar dapat mengeratkan lagi tali silaturrahim antara kita semua.

Saya juga mengharapkan agar dapat menerima tunjuk ajar serta nasihat-nasihat yang berguna dari semua pihak.

Di kesempatan ini saya mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak semuga segala amalan kita akan bertambah dan di terima Allah. Saya juga memohon jutaan ampun dan maaf dari semua terutamanya dari ibubapa saya.

Sekian, terima kasih.

Wassalam,
Mikhael Abdul Ghani